Latar Belakang Mukim


LATAR BELAKANG MUKIM PADANG PUSING / PADANG PELIANG


Mukim Padang Pusing / Padang Peliang adalah sebuah mukim diantara 7 buah mukim. Mukim Padang Pusing / Padang Peliang terletak sebelah selatan Mukim Padang Kerbau manakala Mukim Padang Pusing terletak sebelah Utara Mukim Ayer Puteh dan bertentangan dengan sempadan Mukim Guar Kepayang. Luas Mukim Padang Peliang ialah 14,927 hektar manakala luas Mukim Padang Pusing ialah3,904 hektar.

          Terdapat 17 kampung di sekitar Mukim Padang Pusing dan ditadbir oleh 16 oarang JKKKP. Mukim Padang Peliang pula terdapat sebanyak 10 kampung dan ditadbir oleh 10 oarang JKKKP.






(QAIRUL HILMI BIN IBRAHIM)

PENGHULU

Peranan dan tanggungjawab Institusi Penghulu di Kedah Darul Aman telah pun wujud sejak awal zaman Pemerintahan Beraja. Sehingga kini, institusi ini mengalami perubahan struktur dan organisasi mengikut peredaran masa.

Kini, perjawatan Penghulu sebagai Ketua Pemerintahan di peringkat Mukim bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbiran Tanah.

Penghulu merupakan Penjawat Awam yang ada hubungan terus dan terlibat secara langsung dengan rakyat di peringkat bawah.

Tugas/Fungsi Utama:
  • Pembangunan manusia dan kemudahan asas dalam mukim.
  • Berkaitan Hal Ehwal Keagamaan.
  • Bidang Sosial dan Kemasyarakatan.
  • Bidang Ekonomi
  • Bidang Keselamatan
  • Pendidikan 


PEMBANTU TADBIR



(EN KAMAL BIN DARUS)

TUGAS DAN FUNGSI PEMBANTU TADBIR

Pembantu Tadbir merupakan Penjawat Awam yang ditugaskan secara langsung sebagai pembantu tugas Penghulu Mukim  dan terlibat secara langsung dengan masyarakat di peringkat bawahan.

*  Pentadbiran Am Pejabat
*  Pemantauan Pentadbiran JKKP
*  Pengurusan Maklumat Mukim
*  Info Kemasyarakatan
*  Info Program Pembasmian Kemiskinan
*  Pembangunan Insan
*  Pembangunan Luar Bandar



IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM

Kami , Pegawai awam Malaysia dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut ;

(1) Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.



(2) Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah.


(3) Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan    dan etika jabatan.

(4) Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah.

(5) Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam .

(6) Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.





No comments:

Post a Comment