Latar Belakang Daerah Pendang

Negeri Kedah adalah salah sebuah negeri yang terkenal aset pertanian dan kaya dengan tanaman makanan ruji bagi penduduk Malaysia iaitu padi. Oleh yang demikian tidak hairanlah mengapa negeri Kedah amat terkenal dengan panggilan ‘Negeri Jelapang Padi’. Selain itu kedudukan ibu negerinya juga, iaitu Alor Star adalah sangat menarik serta menawan kerana kedudukannya dikelilingi oleh kawasan tanah sawah yang luas.

            Terdapat sebelas daerah di negeri Kedah Darul Aman. Kesemua daerah- daerah dalam negeri boleh dikatakan bermotifkan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Walaubagaimapun, semakin hari sektor perindustrian semakin mendapat tempat di negeri ini. Antara salah satu daerah yang mempunyai pertumbuhan sektor pertanian ialah daerah Pendang. Daerah Pendang merupakan salah sebuah daerah dari sebelas daerah di Kedah yang telah diiktiraf dan diwartakan dalam Kerajaan Negeri Kedah pada 1hb. Februari 1957 sebagai sebuah daerah yang mempunyai pentadbiran tersendiri. Sebelum ini Pendang adalah sebuah daerah yang kecil (subdistrict) iaitu berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Star. Untuk informasi lebih mendalam, daerah Pendang mempunyai lapan mukim atau dengan kata lain di bawah satu pentadbiran daerah. Antara mukim tersebut ialah Ayer Puteh, Bukit Raya, Rambai, Tobiar, Padang Kerbau, Guar Kepayang, Padang Pusing, dan Padang Peliang. Setiap mukim ini ditadbir atau diwakili oleh seorang Penghulu Mukim. Penghulu ialah ketua yang bertanggungjawab menjaga kepentingan bagi seluruh mukim yang ditadbirnya sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik.


            Daerah pendang bersempadan dengan daerah Kota Setar di Utara, daerah Yan di Barat, daerah Pendang Terap di Timur dan daerah Kuala Muda di Selatan. Keluasan Daerah Pendang ialah 62,930 hektar atau 621,185 km persegi.





Peta Negeri Kedah






Peta Daerah Pendang









No comments:

Post a Comment